Posts

Showing posts from January, 2017

#14 - Bekerja sambil belajar

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah. Pada entry ini, saya mahu kongsikan pengalaman saya berkenaan bagaimana saya mencari duit sepanjang saya menjadi seorang pelajar. Untuk pengetahuan anda semua, saya sekarang ini seorang pelajar tahun akhir di mana peperiksaan tahun akhir sudah tamat, thesis sudah hantar dan sekarang ini sedang menunggu untuk kemasukan praktikal. Semestinya pekerjaan-pekerjaan yang saya lakukan ini tidak dapat dilakukan oleh semua pelajar dek kerana beberapa kekangan. Namun, saya yakin, anda sebagai seorang mahsiswa mampu mengukur baju di badan sendiri. Dari segi masa, tidak dinafikan saya juga ada kekangan kerana saya perlu menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan, tetapi saya susun jadual kelas saya sendiri mengikut kesesuaian seboleh yang mungkin dan tugasan mestilah disiapkan tanpa lengah, di mana kuncinya ialah disiplin dan dedikasi. Oh ya, itu gambar saya waktu Semester 1. Jangan gelak. Pekerjaan 1 - Bekerja di kilang ki