Posts

Showing posts from August, 2017

#21 - Mockup Interview MRSM Batu Pahat (1st experience as panelist)

Image
Assalamu'alaikum . Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu saya menerima sebuah jemputan daripada kaunselor MRSM Batu Pahat untuk menjadi seorang ahli panel bagi sebuah program Mockup Interview yang diadakan pada setiap tahun. Sebagai seorang alumni sebuah institusi pendidikan yang berprestij ini, peluang untuk berbakti kepada MRSM Batu Pahat yang sudah banyak berjasa kepada saya tidak akan disia-siakan. Program ini juga dihadiri oleh sahabat-sahabat seperjuangan ketika SPM dahulu, iaitu Azib, Syazwan, dan Ain Syafiha serta alumni-alumni senior yang lain. berkemungkinan tempat lain sedang digunakan, maka program ini diadakan dalam dewan Antara objektif Mockup Interview ini adalah untuk memberikan sebuah pengalaman kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 mengenai suasana temuduga kerana dalam masa yang terdekat sebahagian daripada mereka akan menghadiri temuduga untuk memohon biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC). Selain daripada itu, program ini juga mampu memberik

#20 - Mendaki Bukit Kiara (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum Alhamdulillah , pada hari Sabtu (30/8/2017) yang lalu, saya bersama seorang sahabat universiti, Mikhail pergi ke Hutan Simpan Bukit Kiara untuk melakukan aktiviti hiking . Ini juga merupakan antara inisiatif yang dilakukan bagi menjadi seorang manusia yang produktif di hujung minggu, hahaha.... (ada orang membuta je waktu pagi) search "Hutan Simpan Bukit Kiara" di Waze untuk elak salah lokasi memang WAU!! kawasan ini ramai orang dan jalan sesak sebab nak cari parking je, so datang awai na saya tidak berapa pasti jalan ini untuk ke mana, hurm dan juga jalan ini, mungkin bersambung?  yang pasti inilah jalan yang official but then, kami pilih laluan off track sebab nampak ada orang lalu dekat situ jalan ini ramai orang lalu berdasarkan kondisi laluannya yang tidak semak dengan daun kering orang-orang bandar yang bosan duduk dalam hutan bandar boleh datang ke sini untuk feel the nature inilah yang palin