Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, pada hari Sabtu (22/7/2017) yang lalu, saya menyertai satu aktiviti pendakian daypack yang diadakan oleh seorang Group Organizer daripada Tebing Tinggi Backpacker yang bernama Myza. Kos penyertaannya tidaklah terlalu mahal, still affordable which is RM75. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti kelewatan hadir di tempat berkumpul pada jam 7.30 pagi, saya bersama dua orang peserta yang lain, Ezreen dan Aliff, bertolak ke Tangkak pada Jumaat malam dan tidur di dalam kereta di luar kawasan surau Sagil. Carpool menjadi pilihan cara pengangkutan saya kerana selain daipada dapat berjimat, saya juga dapat membuat kenalan-kenalan baru.
|
sijil beserta nama seperti yang tertera pada kad pengenalan pendaki |
|
pendakian bermula pada jam 8.30 pagi dek kerana kelewatan peserta yang lain :( |
|
saya mengambil serius mengenai senarai ini, jadi mari mulakan... |
|
(1) agak-agak ini beg berapa litre? |
|
(2) harap-harap cukuplah 1.5L, watter bladder tak ada T_T |
|
(3) air 100 Plus ni rasa macam Gatorade, wuuuuu.... |
|
(4) lots of energy in these food |
|
(5) dah lama baju hujan ni berbakti |
|
(6) bag raincover.... |
|
(7) headlamp dan bateri |
|
(11) beli makanan dan masukkan ke dalam bekas, maka jadilah lunchpack, heee... |
|
(12) double for emergency ration |
(8) personal first aid kit is not applicable sebab tidak menghidap apa-apa penyakit seperti asthma, alahan, dan sebagainya. (9) kasut hiking seperti kebiasaan. (10) chocolate sudah ada dalam energy food dan emergency ration. Baiklah, mesti bosan kan? hahaha...
|
inilah bangunan yang terletaknya kaunter pendaftaran untuk para pendaki |
|
sesi taklimat oleh malim gunung... agak-agak abang yang bertopi tu nak ambil apa? hehehe... |
|
laluan Sagil merupakan jalan yang berwarna coklat |
|
pendakian bermula dengan melalui Tangga Mahligai |
|
kemudian, sampai checkpoint Bukit Semput, naik tangga pun dah semput ke bro? XD |
|
selepas itu, sampai checkpoint Hentian Meranti, berhenti dan rehat seketika, memerhati sekeliling |
|
inilah yang dipanggil sebagai forest canopy, beautiful isn't? |
|
seterusnya, checkpoint Batu Orkid, kawasan checkpoint ini di lereng bukit, tidak rata |
|
simpang ke kiri ialah laluan untuk ke puncak manakala ke kanan ialah laluan untuk ke camping site |
|
arah utara signboard ini ialah laluan ke puncak melalui laluan KFC |
|
ini cendawan apa ya? ada sesiapa tahu? *thinking |
|
akhirnya, sampai juga di waterpoint |
|
airnya jernih, boleh diminum |
|
eh-eh, ada kura-kura laa.... *jakun ke bang |
|
kawasan sekitar checkpoint Sungai Segitiga |
|
"ya, hari ini kita akan bersama-sama mengkaji mengenai tumbuhan yang menjalar di permukaan batu ini" |
|
up for the challenge? |
|
a matter of motivation |
|
ini hanyalah permulaan.... |
|
baru naik 100 meter |
|
lawa permukaan pokok ni, pokok apalah agaknya, hurm.... |
|
jalan jauh dah, tapi baru naik 50 meter =.=" |
|
shhhh, pengacara kita tengah berehat bersama Snickers |
|
dulu ini checkpoint untuk masuk ke dalam gua |
|
naik lagi 50 meter... |
|
lots of climbing, one after another |
|
dekat laluan KFC ni, memang memanjat guna tali jelah |
|
saya pun tidak terlepas untuk beraksi, jom ke puncak!!! |
|
di sinilah saya kena muscle cramp dekat kaki kanan, namun tangan tetap kuat memegang tali sambil slow-slow kayuh |
|
lepas tu duduk sekejap, rehatkan kaki sambal melihat pemandangan |
|
inilah pokok bonsai, cantik kan? macam awak, heee... |
|
lepas checkpoint Bukit Botak, akan ada banyak ladder untuk ke puncak |
|
pemandangan di Anjung Mahligai |
|
akhirnya, sampai juga saya di Puncak Mahligai iaitu puncak Gunung Ledang |
|
a salamander was spotted on the peak |
|
kemudahan surau yang disediakan |
|
surau ini terletak di Kem Senget |
|
inilah rupa sijil untuk para pendaki |
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga laporan pendakian saya. Sepatutnya saya post pada hari Ahad (23/7/2017) yang lepas, tapi tidak berkesempatan kerana sibuk dan juga kepenatan. Terima kasih kerana sudi meluangkan membaca dan melawati blog saya.
gunung ni sesuai utk new hiker x???seram lk tgk panjat batu tuu
ReplyDeletenew hiker dialu-alukan, asalkan ada guider
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh share contact guide tak? Tq
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSyarikat saya sedang menjalankan sebuah kajian mengenai Taman Negara Gunung Ledang. Kajian ini termasuk tinjauan pelawat dulu dan semasa untuk mendapatkan persepsi pelawat mengenai Taman Negara Gunung Ledang secara keseluruhan.
Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini, sila hubungi saya di sab@ere.com.my, terima kasih.
saya berminat
Delete