Posts

#10 - Mendaki Gunung Irau (2nd trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, pada 16 dan 17 September 2016 (Jumaat dan Sabtu), aku, Ariff, Aziz, Rahizal dan Syahir pergi ke Cameron Highland untuk mendaki Gunung Irau. Pause sekejap. Sebelum ini, aku ada post entry berkaitan pendakian Gunung Irau. Boleh klik di sini . Semua berkaitan trek aku rasa sudah diceritakan di situ. Post kali ini aku nak fokuskan mengenai bagaimana sampai ke sana dan kos perbelanjaan. However, aku ceritakan juga serba sedikit mengenai pendakian beserta gambar. Yeay! Kami memulakan perjalanan dari Simpang Empat, Melaka pada jam 12 tengah hari dengan menggunakan laluan Lebuhraya PLUS Utara-Selatan. FYI, lebuhraya ini juga dipanggil sebagai North-South Expressway (NSE). Sebagai driver, aku menggunakan applikasi GPS Waze untuk sampai ke sana. Awal-awal kata 4 jam estimate time arrival (ETA), alih-alih jadi 6 jam disebabkan kesesakan jalan raya di hujung minggu. Kami...

#9 - Mendaki Bukit Broga (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.        Alhamdulillah, semalam (Ahad, 21 Ogos 2016), aku bersama kawan2 aku, Rizal, Aziz, dan Shahir who is known as Jejaka Jambu mendaki Bukit Broga yang bertempat di Semenyih, Selangor. Perjalanan dari Simpang Empat ke Bukit Broga ni mengambil masa dalam 1 jam 30 minit melalui jalan dalam. Haaaa, kepada student2 UniKL MICET, tak jauh pun tempat ni, buatlah program official atau pun tak. Aku suggest sangat dak2 kelab Explorasi buat aktiviti camni waktu awal2 semester.        Kami gerak dalam 3.30 pagi dan sampai pun agak awal sikit daripada masa jangkaan. Parking (kawasan kelapa sawit) dikenakan charge RM3.00. Fasiliti yang ada di kawasan parking tu ialah surau (tak besar mana), tandas (hanya untuk mandi, kena bayar RM1), dan juga gerai2 makan serta souvenier (t-shirt Bukit Broga).        Jadi kami mendaki seawal jam 5 pagi camtulah lebih kurang dan masa pendakian mengambil...

#8 - Mendaki Gunung Datuk (2nd Trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,       Alhamdulillah, semalam (Ahad, 14 August 2016) aku dengan dua orang kawan aku Rizal dan Aziz pergi mendaki Gunung Datuk. Sebelum ni, aku dah cerita jugak pasal Gunung Datuk, cuma gambar view di atas puncak tak ada, boleh rujuk di link ni . So, kali ni aku letak gambar di atas puncak Gunung Datuk. Dalam gambar, Rizal belah kiri, Aziz belah kanan. Mereka meraikan moment friendship, ecece, hahaha. psssttt, sebenarnya dia tengah excited sebab first time baru sampai puncak, muka je serius tu, hehehe biasalah di hujung minggu memang ramai orang, tengoklah muka orang ni, ceria kan? hahaha        Maaflah sebab dah lama tak update. Yelah aku ni buzy dengan Final Year Project (FYP), tambah2 lagi aku kerja full time dekat kilang automotif sementara cuti semester 4 bulan ni. Aku buat FYP pun bila aku shift malam. Aku pun excited jugak sebenarnya bila sampai puncak ni sebab sus...