Posts

#13 - Mendaki Gunung Besar Hantu (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, pada 13hb November 2016 (Ahad), saya bersama rakan-rakan yang lain berjaya mengadakan aktiviti pendakian Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan. Aktiviti ini disertai seramai 9 orang lelaki dan 4 orang perempuan iaitu Aness, Danial, Bell, Glaucia, Graham, Zack, Hafiz, Amir, Samad, Zul, Raihana, Raja, dan Saban. Kesemuanya daripada UniKL MICET melainkan dua orang daripada UiTM Dengkil, seorang daripada UiTM Dungun, dan seorang lagi daripada UniKL MESTECH. Sebelum saya mengadakan aktiviti ini, seperti kebiasaan saya akan mengumpul maklumat melalui pencarian di Google dan bertanya kepada rakan-rakan yang lain terlebih dahulu. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya dapati tidak ramai yang mendaki gunung ini kerana mempunyai sebab-sebab yang tertentu antaranya; (1) jalan untuk ke kaki gunung tidak rata, lecak, berbatu-batu, dan bertanah merah yang menyebabkan (2) kebanyakan pend...

#12 - Mendaki Bukit Kutu (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, pada hari Ahad (25 Oktober 2016) yang lepas, saya bersama rakan-rakan berjaya melakukan aktiviti pendakian Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perjalanan daripada Simpang Empat, Melaka ke Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta. Kami seramai 5 orang merekodkan masa pendakian selama 3 jam 30 minit di mana treknya dianggarkan sepanjang 6.2 km. Terdapat banyak perkara menarik yang saya nak kongsikan seperti pendakian waktu malam, solat Subuh di tengah trek semasa pendakian, mengatasi mental breakdown dan sebagainya. Namun, saya tak dapat nak kongsikan dek kerana terbatasnya masa lapang saya untuk menulis di blog ini, tetapi jangan risau saya ada cerita serba sedikit melalui gambar-gambar. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jangan malu untuk bertanya. Hehehe. semasa awal pendakian, kami melalui trek ini saya rasa ini b...

#11 - Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan (3rd trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Jika anda seorang yang suka mendaki dan mandi di pantai, Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan, Melaka merupakan pilihan yang sememangnya sangat menarik untuk dilawati. Sebelum ini saya telah membuat dua entry mengenai trip saya ke Tanjung Tuan di mana entry kali ini saya akan menceritakan trip saya yang ketiga. Klik link ini ( #1 - Mandi di Tanjung Tuan (1st Trip) ) untuk ke entry pertama dan link ini untuk ke entry kedua ( #4 - Camping di Tanjung Tuan (2nd trip) ). Alhamdulillah, trip kali ini disertai oleh Rahizal, 'Irfan ,Hamizan, Fazrol, dan Norsyazwan. Kami pergi dengan menaiki sebuah kereta (5 orang) dan sebuah motor (seorang) dengan masa perjalanan lebih kurang 1 jam. Kali ketiga ke Tanjung Tuan, inilah kali pertama saya melalui trek yang menuju ke Bukit Batu Putih yang mula menjadi viral kerana keindahan pemandangannya di puncak serta kebiruan air di pesisir pantai...