Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah, seperti yang tertera, pada 31/5/2016 (Selasa), aku bersama-sama dengan housemates dan rakan2 yang lain pergi ke Tanjung Tuan untuk ber-camping dan ber-BBQ. Memang ramai, 10 orang bhai. Program ini dirancang bagi mengeratkan silaturrahim, merehatkan diri selepas habis paper final exam, dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Ini semua idea seorang pelukis khat terkenal yang bernama Kasyfi. Lukisan khat dia memang lawa, harga pun berpatutan.
Tempat ni aku dah cerita pada post sebelum ni.
Klik di sini. Bagi sesiapa yang nak camping di sini secara legal, anda dikehendaki untuk datang awal sebelum habis waktu pejabat iaitu 5 petang di gate depan untuk mendaftar. Seorang RM4; yuran kemasukan RM1 dan yuran perkhemahan RM3. Terpulang kepada anda untuk comment mahal atau murah. Kalau tanya aku, aku akan cakap murah tetapi aku hormat pendapat masing2.
|
inilah rupa resitnya, contact number pun dah terpapar di situ, tunggu apa lagi? |
Jika ada rasa nak buat camping secara illegal, bersedialah untuk dihalau pada malamnya atau dikenakan tindakan undang2 kerana menceroboh, dan aku dengar mahal jugak kompaun denda tu. Jenuh nak bayar. Kereta boleh bawa sampai ke rumah api untuk punggah segala barang2 yang ada dan kemudian kena turun balik parking dekat bawah. Ada la jugak kelonggaran dia bagi. So, not bad.
|
dah punggah barang, naik tangga beramai2 la kite, huhuhu |
|
how about a little information? |
|
yeay, fun fact! |
|
did you learn something? |
Kami camping di kawasan pantai. Setibanya kami di situ, alangkah betapa kecewanya kami apabila melihat kawasan di sekitarnya penuh dengan sampah-sarap terutamanya botol2 plastic. Ada kemungkinan sampah2 ni datangnya dari laut yang dibawa oleh ombak atau pun dibuang oleh pengunjung2 yang datang ke pantai ni. Atas dasar mencintai alam sekitar, kami semua mengambil inisiatif untuk mengutip botol2 plastic yang ada mengikut sedaya yang mampu.
|
so sad actually |
|
we decided not to burn them |
|
as open burning plastic bottles will create a gas pollution |
|
releases some sort of harmful gas emission resulted to global warming |
Antara perkara yang best bila camping ni, dapat tengok sunset. Memang cantekk beb.
|
subhanallah, cantiknya ciptaan-Nya |
|
mengamati keindahan |
|
ready your thruster |
|
jump! |
Apabila malam melabuhkan tirai, kami pun mula lah buat aktivti BBQ. Khemah dah pasang awal2. Menu biasa je; ayam yang telah diperap, hotdog, dan kentang. Aku pulak sibuk buat camp fire sebab kawasan sekitar situ gelap, so buat lah satu unggun api. While we were busying with our activities, suddenly we heard a noise near the bushes. Ingatkan anjing ke apa. Rupanya umang2, memang waktu malam haiwan ni keluar daripada persembunyian mereka untuk mencari makanan. So, satu malam tu kami ditemani oleh umang2 ni, memang banyak tetapi sayang sebab tak boleh makan haiwan dua alam. Kami lepak dekat2 dengan camp fire menghadap laut, best je rasa angin pantai.
Dekat sini memang polis marin selalu ronda setiap 2-3 jam menggunakan bot dan helikopter. Pernah sekali dia orang suluh dekat kami dari jauh. Mungkin mereka ingat kami PATI, tetapi lepas mereka nampak khemah, mereka tak jadi datang, Itulah gunanya buat pendaftaran dekat gate depan tadi supaya boleh elak isu2 yang tidak dikehendaki.
simple nya org laki tido x perlu nak alas2....org pompuan sibuk bawa toto bagai🤣🤣🤣
ReplyDelete