#19 - Mendaki Gunung Ledang via Sagil (1st trip)


Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, pada hari Sabtu (22/7/2017) yang lalu, saya menyertai satu aktiviti pendakian daypack yang diadakan oleh seorang Group Organizer daripada Tebing Tinggi Backpacker yang bernama Myza. Kos penyertaannya tidaklah terlalu mahal, still affordable which is RM75. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti kelewatan hadir di tempat berkumpul pada jam 7.30 pagi, saya bersama dua orang peserta yang lain, Ezreen dan Aliff, bertolak ke Tangkak pada Jumaat malam dan tidur di dalam kereta di luar kawasan surau Sagil. Carpool menjadi pilihan cara pengangkutan saya kerana selain daipada dapat berjimat, saya juga dapat membuat kenalan-kenalan baru.

sijil beserta nama seperti yang tertera pada kad pengenalan pendaki

pendakian bermula pada jam 8.30 pagi dek kerana kelewatan peserta yang lain :(

saya mengambil serius mengenai senarai ini, jadi mari mulakan...

(1) agak-agak ini beg berapa litre?

(2) harap-harap cukuplah 1.5L, watter bladder tak ada T_T


(3) air 100 Plus ni rasa macam Gatorade, wuuuuu....


(4) lots of energy in these food

(5) dah lama baju hujan ni berbakti

(6) bag raincover....

(7) headlamp dan bateri

(11) beli makanan dan masukkan ke dalam bekas, maka jadilah lunchpack, heee...

(12) double for emergency ration

(8) personal first aid kit is not applicable sebab tidak menghidap apa-apa penyakit seperti asthma, alahan, dan sebagainya. (9) kasut hiking seperti kebiasaan. (10) chocolate sudah ada dalam energy food dan emergency ration. Baiklah, mesti bosan kan? hahaha...

inilah bangunan yang terletaknya kaunter pendaftaran untuk para pendaki

sesi taklimat oleh malim gunung... agak-agak abang yang bertopi tu nak ambil apa? hehehe...

laluan Sagil merupakan jalan yang berwarna coklat

pendakian bermula dengan melalui Tangga Mahligai

kemudian, sampai checkpoint Bukit Semput, naik tangga pun dah semput ke bro? XD

selepas itu, sampai checkpoint Hentian Meranti, berhenti dan rehat seketika, memerhati sekeliling

inilah yang dipanggil sebagai forest canopy, beautiful isn't?

seterusnya, checkpoint Batu Orkid, kawasan checkpoint ini di lereng bukit, tidak rata

simpang ke kiri ialah laluan untuk ke puncak manakala ke kanan ialah laluan untuk ke camping site

arah utara signboard ini ialah laluan ke puncak melalui laluan KFC

ini cendawan apa ya? ada sesiapa tahu? *thinking

akhirnya, sampai juga di waterpoint

airnya jernih, boleh diminum



eh-eh, ada kura-kura laa.... *jakun ke bang


kawasan sekitar checkpoint Sungai Segitiga

"ya, hari ini kita akan bersama-sama mengkaji mengenai tumbuhan yang menjalar di permukaan batu ini"


up for the challenge?


a matter of motivation


ini hanyalah permulaan....

baru naik 100 meter 

lawa permukaan pokok ni, pokok apalah agaknya, hurm....

jalan jauh dah, tapi baru naik 50 meter =.="

shhhh, pengacara kita tengah berehat bersama Snickers

dulu ini checkpoint untuk masuk ke dalam gua

naik lagi 50 meter...

lots of climbing, one after another

dekat laluan KFC ni, memang memanjat guna tali jelah

saya pun tidak terlepas untuk beraksi, jom ke puncak!!!

di sinilah saya kena muscle cramp dekat kaki kanan, namun tangan tetap kuat memegang tali sambil slow-slow kayuh

lepas tu duduk sekejap, rehatkan kaki sambal melihat pemandangan

inilah pokok bonsai, cantik kan? macam awak, heee...

lepas checkpoint Bukit Botak, akan ada banyak ladder untuk ke puncak


pemandangan di Anjung Mahligai

akhirnya, sampai juga saya di Puncak Mahligai iaitu puncak Gunung Ledang

a salamander was spotted on the peak

kemudahan surau yang disediakan

surau ini terletak di Kem Senget

inilah rupa sijil untuk para pendaki

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga laporan pendakian saya. Sepatutnya saya post pada hari Ahad (23/7/2017) yang lepas, tapi tidak berkesempatan kerana sibuk dan juga kepenatan. Terima kasih kerana sudi meluangkan membaca dan melawati blog saya.

Comments

  1. gunung ni sesuai utk new hiker x???seram lk tgk panjat batu tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. new hiker dialu-alukan, asalkan ada guider

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Boleh share contact guide tak? Tq

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Syarikat saya sedang menjalankan sebuah kajian mengenai Taman Negara Gunung Ledang. Kajian ini termasuk tinjauan pelawat dulu dan semasa untuk mendapatkan persepsi pelawat mengenai Taman Negara Gunung Ledang secara keseluruhan.

    Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini, sila hubungi saya di sab@ere.com.my, terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment