#1 - Mandi di Tanjung Tuan (1st Trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

       Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu (14/5/2016), aku dan housemates pergi ke Tanjung Tuan atau specifically orang kata pergi ke Batu Putih. Rilek bro, ini bukan Pulau Batu Putih yang sekarang ni milik Singapura tau. Ini Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan. Aku pun tak pasti lah Melaka atau Negeri Sembilan, sebab sempadan antara dua negeri ni pun agak mengelirukan. Cuba kau pergi Tampin, ada dua majlis perbandaran yang jaga pekan ni, satu Majlis Perbandaran Alor Gajah dan satu lagi Majlis Perbandaran Tampin. Keliru kan? Hahaha...

       Tak pelah, itu kita letak tepi. Sekarang ni aku nak cerita experience aku pergi Batu Putih yang boleh dikatakan pantai dia sangat cantik dan air biru. Beberapa orang kawan aku dah pergi, dia orang cakap memang best. Memandangkan Sabtu hari tu aku tak kerja, cakap dengan bos nak rehat sebab ada final minggu depan, aku pun join jelah plan housemates aku nak pergi sana.

       Awal pagi tu sebenarnya aku nak sambung tidur lepas solat Subuh. However, scroll punya scroll timeline FB, dah sampai jam 7 pagi lebih dan Ariff, housemate aku masuk bilik kejut roomates aku. Aku pun sedia maklum nak pergi mana cuma biasalah pagi2, magnet tilam kuat sangat, hahaha...

jom exercise pagi2

       Walaubagaimanapun, aku pergi jelah sebab terfikir nak ambil gambar2 untuk entry 1st blog ni. Jadi aku pun tunggu lah di depan rumah bersama yang lain, menunggu siapa yang belum siap lagi. Camera aku jenama Olympus model TG-4 yang direka sesuai untuk tahan lasak beserta waterproof. Senang cerita boleh masuk air, bukan sahaja kalis air. Cuma itulah, camera ini murah so, kualiti tak boleh nak bandingkan dengan DSLR.

      Kepada student UniKL MICET, anda sangat bertuah kerana ada senior macam aku. Perasan. Silap2, anda amat bertuah sebab dekat dengan tempat2 yang menarik, salah satunya Batu Putih ni. Perjalanan dari Taman BBSE Simpang Empat, hanya mengambil masa dalam 40 ke 50 minit, boleh jadi lebih cepat atau pun lebih lambat bergantung kepada gaya pemanduan. Ingat tau, ikut jalan dalam, ikut highway hanyalah satu pembaziran elaun MARA kau je. Itupun kalau kau mohon pinjaman MARA. Nak pergi sana boleh guna Waze, Google Map, atau pun apa2 aplikasi GPS yang boleh diharapkan.

mana ni? tak sampai2 pun

      Aku tak bawa kereta, aku tumpang kereta housemate aku. Nama dia Ajmal, kalau kau orang familiar dengan vlogger YouTube MrTheAllShared, memang kenal lah dia ni. Furthermore, kami pergi dengan dua kereta. Ramai jugaklah, wuuu...
       
rilek brader, jangan zoom sangat

       Kereta lagi satu pun tuan dia ahli MTAS, nama dia Fathi dan yang belah kanan tu orang panggil dia Legend sebab dalam rumah dia paling pro main Dota. Selepas 50 minit perjalanan, kami pun sampai. Nak masuk tempat ni, yuran kemasukan RM1 seorang dan bayar dekat pondok tepi gate masuk. Lepas tu, seorang kena wakil tulis nama beserta butiran2 yang lain. Owh ya, parking pandai2 lah cari sampai dekat belakang hotel tu.

a beautiful morning isn'it?
alaaa, kena tinggal T_T
a friendly environmental advice won't hurt right?

       Alaahh, jalan tar je pun, pakai selipar jer lah. Hold on mister! Aku suggest untuk anda kalau nak buat aktiviti yang berjalan2 walaupun jalan tar, anda kena pakai kasut bagi mengelakkan probability tinggi kaki terseliuh, kaki lenguh, kaki penat, dan sebagainya. So, pakai jer lah apa2 kasut sukan. Aku menyesal dengar cakap dia orang kata pakai selipar je pun tak pe, penat bhai kaki aku nak menapak bukit ni.

is it a lighthouse?
photoshoot wedding lawa jugak ni
did you spot a tree there?

       Sorry lah aku guna bahasa rojak English dan BM sebab kalau tak aku rasa macam terlalu formal. Okay, aku tak sangka akan jumpa rumah api di atas bukit ni. Kejap, kata ada pantai tetapi dah kat atas bukit ni, mana nak turun? Sat na, belakang rumah api ni ada pemandangan yang sangat cantik, heee...

subhanallah, cantiknya!
dead end, sorry guys, kena patah balik
a new adventure? to the beach perhaps? tak ada sign so, redah jelah

       Seperti dalam gambar di atas, tangga itu menuju ke pantai. Jalan dia bertangga tapi inilah sebab aku strongly suggest pakai kasut sebab tangga dia ada yang agak curam dan bila nak naik balik memang mencanak lah jadinya.

laluan terbang Asia Timur-Australia, for the birds
hurm, okay
jom turun!
nampak tak plastic hitam?
penat jalan boleh rehat ye
the scientific name for Kedondong is Burseraceae Canarium Spp
tengah penat sebenarnya, cover amik gambar, hahaha...
dan aku kena tinggal, again T_T
habis sudah tangga

       Aku pun baru tahu rupa-rupanya Tanjung Tuan ni sangat popular dengan bird watching tapi dia ada musim dia. Semakin turun semakin kuatlah kedengaran bunyi ombak menghempas pantai. Aku excited gilerrr. Aku sebenarnya ada pandangan yang skeptikal sebelum ni. Aku anggap semua pantai dekat Selat Melaka ni kotor dan nak mandi pun geli macam Pantai Klebang dan Pantai Puteri dekat Melaka. Rupanya aku silap. Sedih kan. :(

alhamdulillah, sampai jugak akhirnya
eh, nak pergi mana tu?
habis basah punggung aku sebab amik gambar ni
amacam? jernih kan? aku rasa buih tu sebab air laut yang bergaram, bukan sebab orang kencing -_-

       Tak payah pergi Krabi pun dah boleh rasa suasana Krabi. Ye ke? Yelah, sebab aku pernah pergi Krabi dan buat island hoping, suasana tu memang sebiji. Dah sampai pantai, ada bukit yang agak rendah dekat tepi tu. Jangan terkejut kalau terjumpa kubur, bukan ilusi, memang ada dekat situ. Tak tahulah kubur betul atau kubur palsu. Aku nyaris terlangkah. Nasib baik waktu tengah hari kalau malam memang seram lah weh. Tak tahulah kalau tiba2 kau orang datang dah takde.

ada dua kubur dekat sini
boleh baca jawi tak?

       Aku kena tinggal lagi, sedihnya nasib si photographer dalam trip ni. Nasib baiklah ada Rizal dan Kash lepak dekat bukit tunjuk dia orang pergi arah mana. Sepanjang perjalanan, aku pun mengambil gambar demi gambar.

pantai yang berbatu-batu
did you see that? a yacht
aku tengah tunggu kapal tu berlayar pergi
untuk ambil gambar ni
at last, itu pun dia orang, dari jauh dah dengar suara

       Akhirnya sampai. Aku teruja nak mandi. Lepas tu, Ariff kata dekat belah sana ada gua kalau nak tengok. Rizal dengan Kash dah pergi dulu. Aku pun tanpa membuang masa ikut dari belakang tanpa pakai selipar sebab aku ingatkan dia orang tak pakai, rupanya dia orang pakai, hahaha. Patutlah aku hairan macam mana lah dia orang laju sangat jalan dekat pantai berbatu-batu ni. Sakit kaki woo. Kena jalan slow2 nanti tersembam kena bucu batu. Dah lah sorang2 jalan sebab kena tinggal.

nak rock climbing? silakan
a view from the cliff
gembira betul dia orang jalan2
what is the best quote for a person with sad situation? boleh relate tak dgn gambar ni?
ada kelawar so, kita orang tak masuk, posing depan amik gambar budget macam dah masuk
batu2 depan ni ada orang susun mungkin untuk perangkap ikan
       Selepas gua, kami pun jalan2 lagi ke depan nak tengok apa lagi yang ada. Biasalah jumpa pantai dan pondok2 tepi pantai kepunyaan orang sini (mungkin nelayan) untuk rehat. Kemudian kami patah balik untuk mandi2. Yeay...

aku rasa kawasan ni biasa jadi tempat pengambaran
pantai belah sini banyak batu dan ombak kuat, agak tak sesuai untuk mandi
situlah point last jalan2
last shot sebelum patah balik
gua tu boleh tembus, pendek je gua tu
lepas lalu gua tu aku terus berenang, tak nak sakit kaki lalu kawasan berbatu

       Memang letih berenang sebab dah lama tak involve aktiviti bersukan ni. Aku berhenti kejap kadang2 sebab aku ada satu paranoid, takut apa yang ada dalam air walaupun dalam kolam renang. Rizal dengan Kash perhati dari tepi pantai, yelah kowt2 jadi apa2. Alhamdulillah, selamat sampai. Mereka yang lain pun masih bermandi-manda. Aku rehat jap duduk sambil makan roti.

air yang jernih, tidak tercemar
agak2 macam mana aku ambil gambar?
insyaAllah, nanti datang lagi

       Selepas habis mandi2, bina istana pasir dan tulis2 buat love note, kami pun bersiap untuk pulang.

ini aku perkenalkan Rizal
ini aku perkenalkan Ariff
dari kiri aku kenalkan Kash, Fathi, Budin, dan Ajmal

       Okay, habis sudah sesi perkenalan. Penat2 ni memang mencabar nak panjat balik tangga2 tu. Namun, aku setia menjadi seorang sweeper. Gambar2 di bawah diambil sepanjang perjalanan balik ke kereta.

bila waktu tengah hari memang sunyi tak ada orang
what we have here?
selesai mendaki, kita turun pulak
waktu ni aku tengah galas beg yang berat so, slow jugak aku jalan, sambil tu ambil gambar
so betul lah Tanjung Tuan terletak di Melaka
aku menggalas beg yang mengandungi tuala serta pakaian basah kepunyaan aku dan Budin
antara program yang pernah dianjurkan
antara checkpoint yang ada, rasanya ada tiga benda ni
the Portugese called this place as Cape Rachado
sempat lagi tu main bola tampar

Comments

  1. Nice . Boleh pegi ni . Thanks bagi idea 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, nanti tolong jaga kebersihan, jgn buang smpah merata2, pesan jugak dkt kawan2, sayang tempat mcm tu cntik, sedih kalau tercemar dgn sampah sarap, terima kasih ^_^

      Delete
  2. Nice . Boleh pegi ni . Thanks bagi idea 😊

    ReplyDelete
  3. Bro,pantai yg korg mndi tu area mne ye??msuk ikut laluan blkg checkpoint (wakaf)yg bro amek pic tu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, belakang wakaf tu

      Delete
    2. Nak ikut jalan mana eh kalau nak pergi pantai belakang wakaf ni ?? Ingat Kan pantai area Bukit Batu putih Tu jer yg Ada

      Delete
  4. Dekat sini boleh camping tak agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat2, refer post ini http://kembaraskyra.blogspot.my/2016/06/4-camping-di-tanjung-tuan.html

      Delete

Post a Comment