Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah, pada 16 Januari 2016 (Sabtu) yang lalu, aku dan Rizal pergi mendaki Gunung Datuk. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku daki gunung ni. Aku saja je letak '1st Trip' sebab ini entry pertama pasal Gunung Datuk so, why not?
Memang satu kebiasaan untuk student UniKL MICET yang berminat dengan aktiviti lasak, daki gunung ni sebab tak jauh pun dari universiti. Perjalanan hanya mengambil masa 30 ke 45 minit untuk ke kaki gunung. Member2 especially daripada club Explorasi serta club Sukan Air & Rekreasi, kalau tak naik gunung ni memang tak sah. Boleh dikatakan tempat latihan dia orang untuk aktiviti pendakian gunung. So, to my juniors, apa salahnya kalau kau orang try naik sekali, hahaha...
Nak sampai ke kaki gunung ni tak susah pun nak cari. Gunalah aplikasi Waze atau Google Maps, kalau nak save data, signboard ada. Contohnya kan, dari universiti, bila sampai simpang masuk universiti tu, belok ke kiri, then straight sampai dekat junction Kendong, belok ke kiri, next straight lagi sampai lepas flyover, belok ke kanan. Eh jap, ke kanan mana? Haaa, tunggu...
 |
mula2, akan nampak signboard ni, then belok kanan dekat Proton Exora warna merah tu |
 |
simpang dia macam nilah, banyak signboard |
 |
dah masuk simpang tu straight je, smpai nampak signboard ni, nanti belok ke kanan dekat Myvi putih tu. eh, cam kenal je |
 |
straight je ikut signboard macam biasa |
Kalau boleh bila datang Gunung Datuk, jangan datang waktu weekends sebab ramai sangat orang so, datanglah waktu weekdays. Nanti, bila ramai orang, mulalah parking kereta tepi2 jalan sempit tu atau pun kereta kena block. Dekat kaki gunung tu ada beberapa kemudahan macam tandas free, dewan, pondok2 wakaf, dan kedai2 makan. Cuma kedai2 makan tu aku dah lupa hari apa dia orang buka. Sesiapa yang nak panjat pagi2 buta, bolehlah solat Subuh dekat dewan tu dan ambil wuduk dekat tandas. Aku tak pernah masuk tandas tu tapi Rizal kata bersih.
 |
jalan masuk ke trek pendakian |
 |
nanti akan nampak sungai dekat kaki gunung ni, kalau musim kemarau agak kering lah, aku memang tak pernah mandi sini |
 |
ikut je sign ni |
Dekat atas gunung ni memang tak ada sungai atau pun sumber air. Jadi kalau sesiapa yang nak naik atas sebelum Subuh bawaklah air mineral untuk ambil wuduk. Yuran untuk pendakian RM5 seorang dan biasalah prosedur kena tulis nama beserta butiran lain. Memandangkan sebelum ni ada beberapa kes orang sesat dekat sini, so memang banyaklah tali2 dan cat2 kelihatan supaya tak sesat.
Nanti kalau nampak batang2 kayu bersandar dekat sana sini atau ditinggalkan atas tanah, boleh je amik, sebab orang lain guna sebelum ni. Rizal kata kalau tak ada orang jaga dekat pondok tu boleh je naik, sebab sebelum ni dia pergi hari Jumaat tapi tak ada orang jaga, so dia naik terus jelah. Aku assume dia orang jaga cuma Sabtu dan Ahad sebab ramai orang. Aku pun tak familiar macam mana dia orang operasi jaga pondok ni sebab sebelum ni tak ada pun pondok baru tu.
 |
inilah pondoknya siap dengan pagar2 supaya kau orang bayar, hahaha... |
 |
lawa kan rupa resit dia? tapi aku tak dapat simpan sebab basah dengan peluh, wekkk... |
Pendakian Gunung Datuk ni tak sesusah mana, boleh dikatakan tahap beginner. Part susah dia cuma part daki cerun sebelum checkpoint pertama. Dia bukanlah cerun apa pun, cuma tangga je yang diperbuat secara semula jadi oleh akar2 dan batu2. Aku pancit pada hari pendakian sebab dah 4 bulan tak daki gunung mahupun terlibat dengan aktiviti2 sukan, amek kau. Sebab sebelum ni, aku dengan Rizal kalau naik memang shoot terus sampai atas, tak ada rehat2. Tapi kali ni 3 kali rehat. Berdesing telinga tu dah biasa, yang luar biasa tu bila jantung pump laju sangat dan rasa2 nak pitam. Take a rest will ya?
 |
model kita hari ni. eh, rambut baru potonglah! |
 |
kemudahan kerusi yang disediakan di checkpoint pertama |
Trek Gunung Datuk ni cuma ada 2 checkpoint, yang kedua betul2 nak dekat dengan puncak. Lepas checkpoint first ni bolehlah rilex2 sikit sebab tak banyak tangga cerun dan banyak jalan bersahaja. Lagi satu, lepas checkpoint first ni tahap kepenatan pun kurang plus the concentration of oxygen is quite high. Percaya jelah apa aku cakap ni, dah sampai barulah berhuhuhu...
 |
nak jalan lenggang kangkung pun boleh, silakan |
 |
nama scientific fungus ni aku tak tahu, tapi biasanya orang akan cakap, 'eh2, cendawanlah!' |
 |
daki sikit je tangga ni, akan sampai checkpoint kedua |
 |
shhh, jangan kacau, dia tengah amati suasana |
 |
alhamdulillah, dah sampai checkpoint kedua |
 |
jalan2 kejap ambil angin |
 |
ketinggian gunung ni ada beberapa percanggahan, tapi nilai ketinggian lebih kurang sama |
Puncak Gunung Datuk ni berbatu2 dan bila nak naik ke puncak, akan naik tangga. Tangga ada dua, belah kiri dan kanan. Belah kanan susah sikit so, siapa yang budget2 gayat tu ambil jelah belah kiri. Bila dah sampai puncak, jaga barang elok2, nanti free2 je ada yang let go phone atau camera jatuh dari gunung. Aku kadang2 ada fikir jugak apa lah rasa agaknya campak phone dari atas gunung, haihh, ada2 je...
Dekat atas ni nak dapat pemandangan sunrise tak dapat tapi kalau sunset dapatlah. Kalau cuaca mendung atau berawan2, tak dapatlah nak tengok pemandangan. Cuaca cerah memang best lah sampai Rizal kata boleh nampak laut dan kapal2. Aku pelik sebab sebelum ni tak pernah nampak laut pun. Sama ada aku rabun atau bila aku sampai puncak je, memang jarak kadar penglihatan tu kurang sebab kabus.
 |
inilah tangganya, nampak simple kan, dah sampai nanti taulah camne |
 |
waktu ni aku tengah tunggu orang turun daripada tangga, ramai jugaklah, so aku ambil gambar gua ni |
 |
bila aku sampai, dah mula berkabus |
 |
dan akhirnya kabus tebal, tak nampaklah pemandangan, maka aku dan Rizal, berhuhuhu... |
 |
biasanya depan ni akan nampak pemandangan tetapi sekarang kabus tebal so, I didn't see anything |
 |
gayat tak? dua tangga bawah ni kena pre-caution lah semasa naik dan turun, tak perlu rush, slow2 je |
 |
risau hari dah nak hujan maka kami putuskan untuk turun ke kaki gunung |
Puncak Gunung Datuk cuma boleh memuatkan dalam 30 orang. Jadi bila dah ramai sesak2 dekat atas tu kenalah tunggu turn dengan sabar macam aku tunggu dia orang turun daripada tangga tadi. Rilek je. Waktu turun memang lajulah kita orang sebab nak makan cendol dekat kedai bawah tu, heee...
 |
ini merupakan notis yang ditampal di pondok kaki gunung tadi |
 |
nak daki gunung di luar waktu operasi macam 2-3 pagi boleh call no di atas tapi aku tak tahulah masih valid atau x |
Gambar2 diambil menggunakan kamera Olympus model TG-4. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi.
ReplyDelete365SBOBET Situs Agen Sbobet, Agen Bola Terpercaya di Indonesia
365sbobet adalah Agen SBOBET Terpercaya Indonesia, Situs Agen Bola Resmi Online Casino Terbaik Official Partner kami adalah Barcelona dan Liverpool.
365Sbobet
Agen Sbobet
Agen Sbobet Online
Agen Sbobet Terpercaya
Agen Sbobet Indonesia
Agen Sbobet Asia
Agen Sbobet Resmi
Agen Sbobet Mobile
Daftar Agen Sbobet
Situs Agen Sbobet
Website Agen Sbobet
Link ALternatif Agen Sbobet
Bonus Agen Sbobet
Sbobet
Sbobet Online
Sbobet Terpercaya
Sbobet Indonesia
Sbobet Asia
Sbobet Resmi
Sbobet Mobile
Daftar Sbobet
Situs Sbobet
Website Sbobet
Link ALternatif Sbobet
Bonus SbobetAgen Bola
Agen Bola Online
Agen Bola Terpercaya
Agen Bola Indonesia
Agen Bola Asia,
Agen Bola Resmi
Agen Bola Mobile
Daftar Agen Bola
Situs Agen Bola
Website Agen Bola
Link ALternatif Agen Bola
Bonus Agen Bola
Agen Slot
Main Slot
Situs Sbobet
Situs Slot
Slot
Slot Online
Slot Terbaik
Website Slot