Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah, pada 24th April 2015 yang lalu, aku bersama2 dengan student2 UniKL MICET yang lain telah mendaki Gunung Irau pada waktu malam. Sorry guys, cerita ini dah lama so, memandangkan aku tengah syok ada blog aku cerita jelah. Waktu ni boleh dikatakan aku addict naik gunung, hahaha. Memandangkan ketika itu aku ahli kelab Explorasi, aku propose dekat president, Raja untuk daki gunung ni. Walaupun sebelum ni kelab pernah anjurkan pendakian Gunung Irau sem lepas tetapi Raja ni memang santai, dia okay jer. Dia antara yang legend dalam batch aku dalam aktiviti pendakian, sama ada official atau tak official aktiviti univerisiti, dia main sebat jer. Well, you have my respect bro.
Alright, maybe juniors sekalian boleh ambil tahu sedikit macam mana aku organise program ni. Come on lah bro, pendakian waktu malam kowt dekat Cameron Highland, boleh ke universiti bagi? Dah la perbelanjaan mahal, safety lagi, dan diikutkan dah banyak kelab buat aktiviti dekat tempat sejuk ni. Okay, first untuk tingkatkan probability sesuatu program tu diluluskan, aku proposed program ini dengan gabungan UniPictures Media Club (UPMC), Kelab Perkim, Tennis Club dan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka. Secondly, budget kalau boleh serendah yang mungkin dan tempoh program ni aku ringkas seringkas yang mungkin selama 2 hari dan tiada bermalam sebab naik malam turun pagi. Budget aku dapat daripada SDCL sebanyak RM1066 dan juga dapat sponsor sebuah bas untuk 40 orang peserta beserta seorang staff pengiring. Thirdly, hal safety aku yakinkan management dengan aku berurusan dengan Tebing Tinggi Backpackers dan mereka manage semua urusan yang patut. Kalau aku cerita lagi memang panjang therefore, nak tahu lebih kena private message aku lah ya.
Let's get back to our business shall we? Departure from Micet around 4.00 p.m. after solat Jumaat. Sampai sana memang dah lambat, orang yang manage tu muka dah masam, hahaha. Sorry ye abang2 kakak2, jalan jem. Kami pergi ke kaki gunung dengan menaiki 4WD dan mendaki around 3 pagi dan sampai puncak dalam 6 pagi. 3 jam plus minus, nak diikutkan memang lambat sebab peserta2 ramai perempuan, daripada 40 orang, hanya 18 orang lelaki. Guys, aku mohon maaf, gambar waktu malam tak ada tetapi waktu ni aku ambil gambar guna DSLR so quality agak okay lah. Gambar pun tak banyak sebab kamera aku boleh dikatakan a litle bit rosak so, selepas ditapis tinggal lah beberapa je. T_T
 |
waktu ni Subuh pun dah masuk, jadi kami ambil wuduk guna air mineral dan solat berjemaah |
 |
alhamdulillah, akhirnya sampai juga di puncak dengan selamat, turun pun dengan selamat |
 |
the masterpiece, sunrise |
 |
jalur gemilang! |
Waktu mula2 sebelum mendaki aku pakai sweater, long sleeve, dan gloves. Hahaha, lepas tu semasa pendakian aku tanggal gloves dengan sweater sebab panas. Exothermic reaction. However, peluh boleh dikatakan tak ada. Antara perkara yang best mendaki waktu malam ini ialah dari segi psychological mindset sebab bila malam tak nampak trek, jadi aku tak rasa jauh, penat mahupun tinggi sebab bila waktu turun apa yang aku fikir sebelumnya berubah 360 degree. Nampak tak permainannya di situ?
 |
ada yang budget2 muka tengah penat, gembira, dan sleepy |
 |
kamilah wakil daripada Kelab Explorasi, yarghhh |
 |
kami pula wakil daripada Kelab Perkim, hihihi |
 |
Islam is my way of life |
Trek pendakian ini bermula dengan jalan berkayu. Then, jalan berkayu tiada dan mulalah jalan yang berlumut, lumpur, dan licin. Alhamdulillah, waktu program ni tak hujan, Guys, make sure to check the weather forecast before making a programme. Walaubagaimanapun, kita merancang, Allah menentukan. Gunung Irau juga terkenal dengan the mossy forest seperti dalam cerita The Hobbit dan Lord of The Ring. Nak tengok gambar? Silakan.
 |
nak rasa suasana kena pergi sana, best beb |
 |
gembira je muka dia orang |
 |
jangan lupa, pekjar pun join program ni |
 |
bila nak sampai ni, jauhnya |
 |
ketaq dah lutut ni, hahaha |
 |
alhamdulillah, akhirnya sampai |
 |
terima kasih kepada Presiden Kelab Perkim sebab sudi bawa sampah dari atas sampai bawah |
 |
abg handsome ni Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, nama dia Irfan |
Alhamdulillah, selesai sahaja aktiviti pendakian, kami bersihkan diri, berkemas, makan tengah hari dan terus balik ke UniKL MICET. Sampai Micet dah malam around 9 p.m. Dalam perjalanan memang semua tido sebab keletihan yang amat sangat. Anyway, thanks kepada peserta2 program. I really appreciate your cooperation and commitment.
 |
poster programme |
 |
banner programme |
Gambar2 diambil menggunakan DSLR Pentax model K-50. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi.
Comments
Post a Comment