#4 - Camping di Tanjung Tuan (2nd trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

       Alhamdulillah, seperti yang tertera, pada 31/5/2016 (Selasa), aku bersama-sama dengan housemates dan rakan2 yang lain pergi ke Tanjung Tuan untuk ber-camping dan ber-BBQ. Memang ramai, 10 orang bhai. Program ini dirancang bagi mengeratkan silaturrahim, merehatkan diri selepas habis paper final exam, dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Ini semua idea seorang pelukis khat terkenal yang bernama Kasyfi. Lukisan khat dia memang lawa, harga pun berpatutan. 

       Tempat ni aku dah cerita pada post sebelum ni. Klik di sini. Bagi sesiapa yang nak camping di sini secara legal, anda dikehendaki untuk datang awal sebelum habis waktu pejabat iaitu 5 petang di gate depan untuk mendaftar. Seorang RM4; yuran kemasukan RM1 dan yuran perkhemahan RM3. Terpulang kepada anda untuk comment mahal atau murah. Kalau tanya aku, aku akan cakap murah tetapi aku hormat pendapat masing2.

inilah rupa resitnya, contact number pun dah terpapar di situ, tunggu apa lagi?

       Jika ada rasa nak buat camping secara illegal, bersedialah untuk dihalau pada malamnya atau dikenakan tindakan undang2 kerana menceroboh, dan aku dengar mahal jugak kompaun denda tu. Jenuh nak bayar. Kereta boleh bawa sampai ke rumah api untuk punggah segala barang2 yang ada dan kemudian kena turun balik parking dekat bawah. Ada la jugak kelonggaran dia bagi. So, not bad.

dah punggah barang, naik tangga beramai2 la kite, huhuhu
how about a little information?
yeay, fun fact!
did you learn something?

       Kami camping di kawasan pantai. Setibanya kami di situ, alangkah betapa kecewanya kami apabila melihat kawasan di sekitarnya penuh dengan sampah-sarap terutamanya botol2 plastic. Ada kemungkinan sampah2 ni datangnya dari laut yang dibawa oleh ombak atau pun dibuang oleh pengunjung2 yang datang ke pantai ni. Atas dasar mencintai alam sekitar, kami semua mengambil inisiatif untuk mengutip botol2 plastic yang ada mengikut sedaya yang mampu.

so sad actually
we decided not to burn them
as open burning plastic bottles will create a gas pollution
releases some sort of  harmful gas emission resulted to global warming

       Antara perkara yang best bila camping ni, dapat tengok sunset. Memang cantekk beb.

subhanallah, cantiknya ciptaan-Nya
mengamati keindahan
ready your thruster
jump!
       
       Apabila malam melabuhkan tirai, kami pun mula lah buat aktivti BBQ. Khemah dah pasang awal2. Menu biasa je; ayam yang telah diperap, hotdog, dan kentang. Aku pulak sibuk buat camp fire sebab kawasan sekitar situ gelap, so buat lah satu unggun api. While we were busying with our activities, suddenly we heard a noise near the bushes. Ingatkan anjing ke apa. Rupanya umang2, memang waktu malam haiwan ni keluar daripada persembunyian mereka untuk mencari makanan. So, satu malam tu kami ditemani oleh umang2 ni, memang banyak tetapi sayang sebab tak boleh makan haiwan dua alam. Kami lepak dekat2 dengan camp fire menghadap laut, best je rasa angin pantai.

       Dekat sini memang polis marin selalu ronda setiap 2-3 jam menggunakan bot dan helikopter. Pernah sekali dia orang suluh dekat kami dari jauh. Mungkin mereka ingat kami PATI, tetapi lepas mereka nampak khemah, mereka tak jadi datang, Itulah gunanya buat pendaftaran dekat gate depan tadi supaya boleh elak isu2 yang tidak dikehendaki.

teruja betul tengok haiwan ni, jakun weh
rasa macam nak bela satu
it is cute right?

starting a camp fire
nyum-nyum

       Bila camping, jangan lupa bawa ubat nyamuk sebab nyamuk memang banyak gilerrr. Walaupun kami dah pasang di sekitar kawasan tempat tidur, still ada. Bayangkan kalau tak ada mesti lagi teruk. Aku letak satu betul2 sebelah aku kowt and the next morning I got a flu because I'm a bit allergic to this kind of chemical thing. Alhamdulillah, malam tu tak hujan. Kami cuma ada satu khemah yang hanya boleh memuatkan 5 orang, so aku dan yang lain tidur atas tikar je. Bangun pagi, kami solat Subuh, mandi2 bersihkan diri, bersiap, and having a breakfast.

dia orang tidur tak nyenyak semalam
old style roti bakaq
menu for breakfast; egg toasts and hot-dogs with some mayonnaise, black pepper sauce and chili sauce 
inilah sampah2 yang akan dibawa naik ke atas
abang Ajmal ni memang stylo

The pictures in this entry were taken by using the TG-4 Olympus camera. Alhamdulillah. Semoga anda memperoleh keberkatan di sepanjang bulan Ramdhan dan selamat menunaikan ibadah. Thanks for visiting my blog and see you again in upcoming post. Heeee...

Comments