#5 - Jungle trekking di Lubuk Petai (1st trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
     
       Alhamdulillah, pada 1/6/2016 (Rabu) yang lalu, aku dan Rizal pergi jungle trekking di Lubuk Petai. Aaaaaa. Kami bukan nak cari petai ya, kami nak bermandi-manda. Hehehe. Nak pergi ke tempat ni tak berapa susah pun sebab boleh kira satu jalan nak ke kaki Gunung Datuk.

masuk dekat signboard ni
straight, nanti akan nampak kilang air E'den

       Dekat sini tak ada kawasan parking yang khusus, jadi pandai2 lah park dekat mana2. Kemudian, jalan kaki ikut laluan merah sampai...

...sampai jumpa kawasan ni
belah kiri akan nampak sebuah kolam lumpur, nampak tak kerbau2 tu, hehehe
jalan depan sikit akan nampak anak sungai, ikut je sampai...
...sampai jumpa satu trek, straight ke air terjun

       Boleh dikatakan tidak ramai orang tahu akan kewujudan sungai ni mahupun tempat yang bernama Lubuk Petai. Waktu aku first semester dulu, aku fikir jangan haraplah nak mandi2 sungai berdekatan UniKL MICET ni. Eh eh, rupanya ada. Aku nasihatkan bila lalu trek ni, tandalah dengan apa2 di kawasan2 yang rasa perlu seperti belok ke kiri atau ke kanan atau pun melintas sungai sebab manalah tau menghala balik tu hujan ke apa ke nanti susah nak jumpa trek balik, last2 lalu ikut sungai.

air terjun tak adalah setinggi mana tapi boleh lah, not bad
let's jump!
dekat kawasan air terjun tu agak dalam, jadi kami tak berani mandi area situ, yelah dua orang je dekat sini
air sungai ni boleh dikatakan jernih dan sangat sejuk walaupun dah tengah hari
meh aku payung underwater photo 
beginilah keadaan sungai di Lubuk Petai

       Kami tak lama2 dekat sini sebab bosan 2 orang je. Therefore, kami pun balik dengan perancangan nak buat bbq dan camping dengan kawan2 di masa akan datang. Aku rasa ni bukan penghujung sebab aku nampak ada jalan trekking lagi ke atas tapi maybe next time.


The pictures in this entry were taken by using the TG-4 Olympus camera. Alhamdulillah. Semoga anda memperoleh keberkatan di sepanjang bulan Ramdhan dan selamat menunaikan ibadah. Thanks for visiting my blog and see you again in upcoming post. Heeee...

Comments