#9 - Mendaki Bukit Broga (1st trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

       Alhamdulillah, semalam (Ahad, 21 Ogos 2016), aku bersama kawan2 aku, Rizal, Aziz, dan Shahir who is known as Jejaka Jambu mendaki Bukit Broga yang bertempat di Semenyih, Selangor. Perjalanan dari Simpang Empat ke Bukit Broga ni mengambil masa dalam 1 jam 30 minit melalui jalan dalam. Haaaa, kepada student2 UniKL MICET, tak jauh pun tempat ni, buatlah program official atau pun tak. Aku suggest sangat dak2 kelab Explorasi buat aktiviti camni waktu awal2 semester.

       Kami gerak dalam 3.30 pagi dan sampai pun agak awal sikit daripada masa jangkaan. Parking (kawasan kelapa sawit) dikenakan charge RM3.00. Fasiliti yang ada di kawasan parking tu ialah surau (tak besar mana), tandas (hanya untuk mandi, kena bayar RM1), dan juga gerai2 makan serta souvenier (t-shirt Bukit Broga).

       Jadi kami mendaki seawal jam 5 pagi camtulah lebih kurang dan masa pendakian mengambil masa selama 1 jam. Kami mulakan pendakian awal sebab senang nak setting tempat untuk solat Subuh. Kami pergi ke puncak kedua sebab situ tak ramai orang sangat. Kami bawa canvas, sejadah, compass kiblat, dan juga air mineral untuk solat Subuh di puncak.

       Lepas habis solat, kami pun cari la mana2 batu untuk lepak sambil menikmati view lampu2 di kawasan bandar dan juga tengok sunrise, memang best dengan anginnya yang meniup sayu. Memandangkan pada hari Isnin aku, Aziz, dan Jambu kerja shift pagi, kami set jam 8 pagi dah turun dari puncak yang mengambil masa dalam 40 minit. Kemudian, dah sampai di kaki bukit, kami rehat kejap untuk breakfast. Mahal juga harga2 makanan dan air dekat sini, yelah tempat pelancongan memanglah harganya mahal.

bila dah hiking waktu malam, lampu itu sangatlah compulsary, torchlight pun boleh sebab trek tidak terlalu extreme
yeay, akhirnya dah sampai!!! (pssttt, perasaan tak signboard tu ada benda tak kena?)
hujung sana tu puncak pertama, kemudian puncak kedua, dan tempat aku ambil gambar ni puncak ketiga
what a breathtaking view isn't?
lagi satu gambar view
memang padat beb, maklumlah hujung minggu
sambil2 turun bukit tu aku payung satu gambar
function jugaklah pokok2 lalang ni, baru nampak lawa gambar aku ni, hehehe
jom balik!!!
gambar ni diambil dari puncak pertama, dah ramai2 ni susah nak dapat batu yang boleh jadi port lepak
tempat ni memang famous, so kau takkan terlepas nampak ada orang yang ambil gambar selfie
kalau tak ada tali ni, kemungkinan besar kau akan tergolek ke bawah bila jatuh
"take your time, don't rush", signboard tu lah yang kata
bye!!!
bagus betul RHB taja pintu gerbang ni, kalau ada ATM lagi bagus
message from PDRM
baca jangan tak baca
haaa, ni ada lagi
kau rasa mahal ke murah?
Gambar2 diambil menggunakan kamera Olympus model TG-4. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi di post akan datang, insyaAllah. ^_^

Comments