#10 - Mendaki Gunung Irau (2nd trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, pada 16 dan 17 September 2016 (Jumaat dan Sabtu), aku, Ariff, Aziz, Rahizal dan Syahir pergi ke Cameron Highland untuk mendaki Gunung Irau. Pause sekejap. Sebelum ini, aku ada post entry berkaitan pendakian Gunung Irau. Boleh klik di sini. Semua berkaitan trek aku rasa sudah diceritakan di situ. Post kali ini aku nak fokuskan mengenai bagaimana sampai ke sana dan kos perbelanjaan. However, aku ceritakan juga serba sedikit mengenai pendakian beserta gambar. Yeay!

Kami memulakan perjalanan dari Simpang Empat, Melaka pada jam 12 tengah hari dengan menggunakan laluan Lebuhraya PLUS Utara-Selatan. FYI, lebuhraya ini juga dipanggil sebagai North-South Expressway (NSE). Sebagai driver, aku menggunakan applikasi GPS Waze untuk sampai ke sana. Awal-awal kata 4 jam estimate time arrival (ETA), alih-alih jadi 6 jam disebabkan kesesakan jalan raya di hujung minggu.

Kami memasuki lebuhraya melalui tol Simpang Empat dan exit di tol Gopeng. Kenapa exit di tol Gopeng sebab bukan exit di tol Tapah lagi dekat ke? Okay, aku tahu nanti mesti akan timbul persoalan sebegini. Kami exit di tol Gopeng kerana kami mahu menggunakan laluan yang lebih selamat iaitu melalui Lebuhraya Timur-Barat Kedua di mana jalannya lebih lebar berbanding menggunakan laluan Tapah yang sempit di mana risiko untuk jatuh ke gaung lebih tinggi, lebih-lebih lagi apabila lori panjang datang daripada arah bertentangan. Kemudian, jumlah perjalanan tidak jauh beza.

Berkenaan kos perjalanan, pergi balik sahaja menelan belanja sebanyak RM170.60 yang termasuk duit minyak iaitu RM90 dan selebihnya untuk bayar tol. Kami pergi ke sana menaiki kereta Myvi 1.3 yang menggunakan petrol RON95. Aku bukan apa, sahaja cerita detail untuk memudahkan junior-junior UniKL MICET pergi sana. Hahaha.

Kami menginap di Hotel CH Travellers Inn di mana staff dia sangat peramah dan kalau anda baca review, kebanyakannya ialah comment-comment yang positif. Aku sangat recommend sebab harganya pun berpatutan. Kami tidur di bilik dorm yang ada bilik air di mana dorm ini boleh memuatkan seramai 6 orang dan kami hanya dikenakan RM30 seorang. Tambahan lagi, katil-katil di bilik dorm ini ialah double decker dan setiap tingkat disediakan safety cabinet yang dipasangkan di tepi dinding untuk simpan barang-barang personal. Kalau anda mahu lagi murah, boleh dapat harga RM25 seorang tetapi dalam bilik dorm yang tiada tandas. Tandasnya berada di luar, anda kena berkongsi dengan guess-guess daripada bilik-bilik lain. Dekat lobby disediakan roti, jem, margarine, pembakar roti, dan TV bagi sesiapa yang nak breakfast sambil menonton TV.

Cakap pasal makanan, makanan dekat Cameron Highland memang mahal, tidak kisahlah sama ada di Brinchang atau Tanah Rata. Nasi goreng (nasi tambah) dengan telur mata akan dikenakan harga RM6 manakala nasi goreng daging merah dikenakan harga RM5. Jadi aku nasihatkan kalau nak berjimat pandai-pandailah cari tempat makan yang murah.

Bagaimana pula kami pergi ke kaki Gunung Irau? Kami pergi ke sana dengan menaiki kenderaan 4x4 daripada Hotel Nova yang mengambil masa dalam 30 minit. Kami kena bayar RM25 seorang. Kenapa mahal? Biasalah orang buat business, hahaha. Aku rasa berbaloi kerana walaupun jalan untuk ke kaki Gunung Nuang berturap tetapi berlubang-lubang dan kadang-kadang ada longkang yang penutupnya ada dua cukup-cukup untuk dilalui dua tayar. Selepas itu, jalan dia berbukit curam, sempit, dan banyak selekoh di mana setiap selekoh kena bunyikan hon. Kadang-kadang ada lori lalu, mana tak seriau bila bawa kereta sendiri. Aku strongly suggest gunakan perkhidmatan kenderaan four wheel drive melainkan anda ada kenderaan 4WD sendiri.

Kalau anda bawa kereta sendiri pun, kena consider perbelanjaan petrol serta kemampuan kereta untuk naik bukit sebab aku ada nampak sebuah kereta Proton Saga lama berhenti di bahu jalan kerana enjin dia berasap dan ada juga sebuah kereta Perodua Alza tersangkut tayar di lubang jalan sebab kereta dia lowered sangat. Masalah-masalah sebegini akan menyebabkan kesesakan di jalan yang sempit dan hiker-hiker seperti aku marah sebab lambat sampai ke kaki gunung.

Sorry sangat-sangat kerana penulisan ini agak panjang. Aku harap anda ada mood untuk baca sampai habis. Last sekali aku nak sentuh soal permit. Permit untuk memasuki hutan simpan ini hanyalah RM5 seorang. Ramai orang tidak memandang serius mengenai soal permit ini. Bagi aku permit ini penting kerana Jabatan Perhutanan Negeri Pahang hanya memberi permit kepada 100 orang sehari bagi menjaga dan memelihara keindahan Mossy Forrest. I'm an environment guy, so for me this is extremely important.

Aku ada bertanya kepada seorang nature guider, "Kalau buat aktiviti pendakian tetapi tidak ambil permit, apa akan jadi?". Dia jawab ada tiga perkara kena consider, pertama jika ada berlaku sebarang permasalahan dan memerlukan pertolongan pihak berkuasa, anda akan dipersalahkan kerana melakukan pencerobohan dan timbul dua permasalahan untuk diberi perhatian. Kedua, jika berlaku kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa dimasukkan ke hospital, anda atau pun waris tidak boleh menuntut bayaran daripada pihak insurans sebab anda sudah melanggar undang-undang iaitu melakukan pencerobohan. Ketiga, jika sudah melakukan pendakian dan turun dengan selamat, tiba-tiba pada hari itu ada forest ranger buat spot check dan anda kantoi, anda akan terlepas atas budi bicara pegawai tersebut dan paling teruk pun anda akan dibawa ke balai polis dan pejabat perhutanan untuk diambil keterangan, silap-silap hari itu boleh tidur dalam lokap. Nak ke?





Aku sengaja letak gambar-gambar ini untuk anda baca. Tak nak baca tidak mengapa. Hahaha.

Kami mula mendaki pada jam 8 pagi dan sampai di puncak 3 jam berikutnya. Kemudian, selepas tidur-tidur ayam dan bergambar di puncak, kami mula turun pada jam 12 tengah hari. Keadaan di puncak agak panas dek kerana sinaran matahari betul-betul di atas kepala. Kami turun pada pukul 12 tengah hari dan mengambil masa dalam 2 jam 45 minit untuk sampai ke kaki gunung. Tempoh masa lebih kurang sama kerana treknya ada waktu mendaki dan ada waktu menurun.

Okay, settle sudah sembang-sembang, sekarang tiba masa untuk tengok gambar-gambar.

daripada kanan, Rahizal, Ariff, Aziz, Syahir, dan aku

mula-mula akan lalu jambatan kayu ini
kemudian akan lalu jalan yang sebegini
kasut memang berlumpur apabila mendaki di Mossy Forrest
anda akan jumpa papan ini di jambatan kayu

dan papan-papan sebegini di sepanjang pendakian

checkpoint pertama, Mini Irau

selepas Mini Irau, terus ke puncak Gunung Irau
di Mossy Forest, anda akan jumpa periuk kera

bunga-bunga yang macam ini

dan juga pokok-pokok yang sebegini
dalam perjalanan ke puncak sudah pun terasa bagai di puncak

walaupun orang kata Mossy Forest best tetapi kadang-kadang agak menyeramkan

Gunung Irau, 2110 m atas paras laut, 2.35 km ke kaki Gunung Irau (Gunung Brinchang)

aku rasa bendera ini baru ditukar

pemandangan dari atas puncak Gunung Irau

boleh nampak awan-awan membayangi kawasan-kawasan di bawahnya

yes, ini kawanku, Ariff, dia sangat happy berada di puncak, dia baru first time sampai, terima kasih kerana menjadi model

Alhamdulillah, siap juga laporan pendakian Gunung Irau pada 17 September 2016. Aku memohon maaf andai penulisan ini agak panjang dan aku terima sebarang comment untuk penambahbaikan. Aku nasihatkan bagi sesiapa yang nak buat trip ke mana-mana buatlah perancangan awal-awal dan lakukan research berkenaan tempat tersebut supaya memudahkan segala urusan. Kesemua gambar ini (kecuali satu) diambil menggunakan handphone Lenovo Vibe P1m. Jumpa lagi di entry yang seterusnya. InsyaAllah.

Comments

  1. Hi, thanks for sharing your hiking experience. May i know if there is any forestry guard at the entrance of Mossy Forest to check every individual before entering? As i will be hiking sometime mid Feb and till date have yet to receive the permit. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, thanks for asking. Before I was entering the track in the morning, there was no presence of any guard or forestry department officer who checked the permit but when I'm returning to my car, there was a forestry officer heading to the mountain track entrance to check the hikers' permits. Therefore, what I can conclude from my last hiking activity is their presence was not consistent, sometimes they are there and sometimes they are simply not there.

      Delete
  2. Thanks for sharing and looking forward for your next hiking post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, I hope I will still have the chance as I am starting to work which is currently doing my internship right now

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & Hello.

    Saya Bear dari team KPE. Jika berminat hendak ke Gunung Irau, boleh whatsapp sy di 0176254323.

    Sy ada menyediakan pakej mendaki untuk bulan oct 2017. Irau bakal ditutup pada bulan Nov dan bakal di buka semula awal tahun depan.

    Pakej kami termasuk :
    - Forestry Permit
    - Guider
    - Basic First Aid
    - Police Report
    - Brekfespack
    - 4x4 to entrande Irau

    Contact
    017-6254323 (Mr Bear)

    Or click link below for direct contact :
    www.wasap.my/60176254323

    ReplyDelete

Post a Comment