#11 - Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan (3rd trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Jika anda seorang yang suka mendaki dan mandi di pantai, Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan, Melaka merupakan pilihan yang sememangnya sangat menarik untuk dilawati. Sebelum ini saya telah membuat dua entry mengenai trip saya ke Tanjung Tuan di mana entry kali ini saya akan menceritakan trip saya yang ketiga. Klik link ini (#1 - Mandi di Tanjung Tuan (1st Trip)) untuk ke entry pertama dan link ini untuk ke entry kedua (#4 - Camping di Tanjung Tuan (2nd trip)).

Alhamdulillah, trip kali ini disertai oleh Rahizal, 'Irfan ,Hamizan, Fazrol, dan Norsyazwan. Kami pergi dengan menaiki sebuah kereta (5 orang) dan sebuah motor (seorang) dengan masa perjalanan lebih kurang 1 jam. Kali ketiga ke Tanjung Tuan, inilah kali pertama saya melalui trek yang menuju ke Bukit Batu Putih yang mula menjadi viral kerana keindahan pemandangannya di puncak serta kebiruan air di pesisir pantainya. Setibanya kami di sana, seperti kebiasaan di hujung minggu, tempat letak kereta sudah penuh. Jadi saya cadangkan agar anda sampai di awal pagi jika merancang untuk datang ke sini di hujung minggu. Pendakian tidak mengambil masa yang lama di mana ianya hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit.

ikut je signboard ni
inilah keadaan treknya

bunga tak ada, yang ada cendawan je

antara pemandangan di puncak Bukit Batu Putih

antara posing menarik yang anda boleh lakukan

saya perkenalkan dari kanan; Fazrol, 'Irfan (berkaca mata hitam), Hamizan, Norsyazwan, dan Rahizal
selepas Bukit Batu Putih, ada satu lagi trek ke pantai dan anda akan temui pemandangan ini dalam perjalanan

 inilah dia pantainya yang berbatu-batu
Kesemua gambar yang dipamerkan saya ambil dengan menggunakan kamera phone jenama Lenovo model Vibe P1m. Jika ada rezeki, kita akan berjumpa lagi di entry yang akan datang, insyaAllah. Terima kasih kerana membaca. ^_^


Comments

  1. Waah tak tau yg afiq minat hiking. Semoga lebih banyak gunung n bukit afiq dapat terokai. Mane tau leh cube panjat gunung2 berapi pulak lepas ni mcm gunung semeru di jawa tengah, gunung rinjani kt lombok, gunung kerinci di sumatera etc. So that lebih bnyk perkongsian bermanfaat utk nubis. Good job! (kak shikin-anak makteh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, terima kasih kak syikin. InsyaAllah, ada rezeki Afiq g

      Delete
  2. Waah tak tau yg afiq minat hiking. Semoga lebih banyak gunung n bukit afiq dapat terokai. Mane tau leh cube panjat gunung2 berapi pulak lepas ni mcm gunung semeru di jawa tengah, gunung rinjani kt lombok, gunung kerinci di sumatera etc. So that lebih bnyk perkongsian bermanfaat utk nubis. Good job! (kak shikin-anak makteh)

    ReplyDelete

Post a Comment