Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah, pada hari Ahad (25 Oktober 2016) yang lepas, saya bersama rakan-rakan berjaya melakukan aktiviti pendakian Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perjalanan daripada Simpang Empat, Melaka ke Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta. Kami seramai 5 orang merekodkan masa pendakian selama 3 jam 30 minit di mana treknya dianggarkan sepanjang 6.2 km.
Terdapat banyak perkara menarik yang saya nak kongsikan seperti pendakian waktu malam, solat Subuh di tengah trek semasa pendakian, mengatasi mental breakdown dan sebagainya. Namun, saya tak dapat nak kongsikan dek kerana terbatasnya masa lapang saya untuk menulis di blog ini, tetapi jangan risau saya ada cerita serba sedikit melalui gambar-gambar. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jangan malu untuk bertanya. Hehehe.
 |
semasa awal pendakian, kami melalui trek ini |
 |
saya rasa ini buah nangka hutan |
 |
secara umumnya ini ialah kulat tetapi secara spesifik saya tidak tahu nama spesisnya XD |
 |
mula-mula saya ingatkan lipan, rupa-rupanya pokok yang menjalar |
 |
saya rasa ada 2 ekor anjing yang turun naik bagi tujuan keselamatan para pendaki, ketika ini kami berada di Gua Tedung |
 |
tanda-tanda seperti ini bertujuan sebagai penunjuk arah |
 |
seperti biasa di hujung minggu memang ramai pendaki |
 |
cerobong asap ini merupakan tinggalan British daripada era perang dunia ke-2
|
 |
agak kesal juga dengan kesan vandalism oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab |
 |
daripada kiri, saya kenalkan Norsyazwan, Arif, dan Fazrol |
 |
setelah penat mendaki, ada yang rehatkan diri sambil baring, saya kenalkan ini Rahizal |
 |
dan ada juga yang rehatkan diri sambil bergambar |
 |
acah-acah nak bermain dengan seni silhouette |
 |
sebenarnya kami belum sampai di puncak |
 |
kerana nak sampai puncak kena panjat tangga ini dulu |
 |
bermulalah pemandangan dari atas puncak |
 |
tasik itu ialah tadahan air empangan Hulu Selangor, nampak semakin kering |
 |
puncak Bukit Kutu ialah batu yang hanya boleh memuatkan seramai 4 orang maksimum |
 |
nak diikutkan, rasa gayat juga sebenarnya tetapi saya tawakal sahajalah |
 |
di atas puncak anginnya tidaklah kuat tetapi bolehlah rambut tu jadi tidak terurus bila ditiup angin |
Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf andai entry kali ini sangat pendek serta kurang informasi mengenai trek dan sebagainya kerana saya lihat blog-blog lain sudah berikan informasi secara detail. Untuk makluman, menurut pihak Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, anda perlukan permit untuk memasuki hutan simpan di kawasan Bukit Kutu. Anda perlu buat surat yang menyatakan tujuan dan juga mengandungi senarai nama para pendaki. Kemudian emailkan kepada phdhuluselangor@yahoo.com dan maklumkan kepada pegawai yang anda sudah hantar email dengan menghubungi nombor pejabat mereka
+60 3-6091 6131. Selepas permit anda sudah lulus, anda boleh pergi ke pejabat mereka untuk melakukan pembayaran permit iaitu RM5 seorang atau boleh bayar menggunakan wang pos dan poskan kepada mereka. Jika anda mahu melakukan aktiviti yang mengikut prosedur agar tidak menghadapi masalah di kemudian hari, saya sarankan mohon permit seminggu lebih awal. Anda juga kena sediakan RM1 seorang untuk dibayar kepada pihak orang asli Kampung Pertak kerana anda melalui kawasan mereka.
 |
alamat Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor |
Bukit Kutu bukan sahaja terkenal untuk aktviti pendakian bahkan turut terkenal sebagai tempat perkelahan kerana di situ terletaknya Lata Medang. Jadi sebelum kami balik, kami mandi dulu untuk menyegarkan badan setelah penat turun dari puncak. Aktiviti pendakian memang memenatkan tetapi pengalaman tidak akan aku lupakan. cewahhh. Terima kasih kepada Rahizal, Norsyazwan, Fazrol, dan Arif yang menyertai aktiviti pendakian Bukit Kutu kali ini serta juga kepada para pembaca yang sudi melawat blog saya. Majoriti gambar-gambar diambil menggunakan phone Lenovo model Vibe P1m. InsyaAllah kita jumpa lagi di entry akan datang.
Comments
Post a Comment