#15 - Seorang Sales Support Engineer


Assalamu'alaikum,


Mesti anda tertanya-tanya Sales Support Engineer buat apa? Bagaimanakah pekerjaannya? Ramai yang bertanya kepada saya dengan soalan yang sama, mahupun daripada rakan-rakan atau pun saudara-mara. Sebelum saya praktikal, saya pun tidak tahu adanya pekerjaan ini kerana apa yang saya tahu ialah chemical engineer, petroleum engineer, process engineer, dan sebagainya. Oleh itu, saya akan ceritakan pengalaman praktikal saya sebagai seorang Sales Support Engineer.



Saya menjalani praktikal di Sepadu Tech Services Sdn. Bhd, syarikat yang memberikan servis dan membekalkan equipment khusus dalam industri oil and gas. Syarikat ini mempunyai Petronas License untuk membolehkannya menyertai apa-apa pembidaan tender yang diadakan oleh Petronas, anak-anak syarikat Petronas, mahupun kontraktor atau operator yang berurusan dengan Petronas mengikut kategori yang didaftarkan. For your information, Petronas License hanya boleh dimohon oleh syarikat yang mempunyai saham 60% sekurang-kurangnya dimiliki oleh orang Melayu atau Bumiputera sahaja.

Petronas merupakan syarikat oil and gas yang tidak asing lagi dalam negara, namun siapa yang mengenali anak-anak syarikatnya seperti Petronas Penapisan Melaka, Petronas Penapisan Terengganu, dan lain-lain yang saya pun tidak ingat, hahaha? Bagaimana pula dengan operator atau kontraktor Petronas seperti Dayang Enterprise, Sapura Energy yang dulu namanya SapuraKencana, Malaysian Marine and Heavy Engineering (MMHE), CARIMIN, dan Petra Resources? Mereka inilah client-client yang setiap hari menghantar RFQ.

Hahhhh!? Apakah itu RFQ? RFQ is an acronym stands for "Request for Quotation" yang diberikan melalui email atau fax. RFQ merupakan pembukaan tender kepada trading company untuk memberikan servis dan membekalkan equipment yang diperlukan mengikut spesifikasi yang tertentu dan syarat-syarat yang tertentu. Nampak rumit tapiiii tidaklah serumit pengiraan mass balance dan energy balance kan? heeee :p

hari tu katanya nak buat dokumentari syarikat,  kaku jugalah depan kamera macam kayu

Pada tiga minggu pertama praktikal, saya diberikan tugasan untuk membuat pangkalan data. Eleehhh guna Microsoft Excel je pun. Itu je yang saya pandai guna =.=". Pangkalan data ini sangat penting untuk mesyuarat jualan bulanan yang akan menyentuh penglibatan syarikat dalam pembidaan tender merangkumi tawaran harga pembidaan, projek yang sedang dan akan berjalan, status pembidaan, dan sebagainya. Oleh sebab saya yang menghasilkan pangkalan data ini, maka secara tidak langsung saya mengetahui sedikit sebanyak mengenai operasi syarikat.

Setiap equipment yang dibekalkan oleh principle iaitu manufacturer dan supplier berbeza-beza. Equipment seperti valves dibekalkan oleh Advance Valve dan L&T daripada India, dan juga JVS dan Indra daripada Italy. Selain itu, strainer dibekalkan oleh Woosung daripada Korea, dan Praj daripada India manakala Filter dibekalkan oleh Filtrec daripada Singapura. Tambahan lagi, air compressor, nitrogen generator, dan seangkatan dengannya dibekalkan oleh Airpack daripada Norway. Pelbagai lagi equipment yang dibekalkan oleh principle daripada berbagai negara yang tidak tersebut, senang cerita principle kebanyakannya terletak di luar negara. Biasanya saya akan contact mereka melalui email dan kadangkala melalui telefon, maka bermacam-macamlah loghat orang putih yang saya pernah dengar untuk otak saya proses bagi dihadamkan, hahaha.

orang Norway beri pembentangan, susah nak faham loghat English depa

Penyertaan tender mestilah dihantar bersama-sama dengan proposal yang terbahagi kepada dua iaitu Commercial Proposal dan Technical Proposal. Kenapa kena ada dua proposal pula ni? Satu je tak boleh ke? Sampai kena ada Commercial Proposal dan Technical Proposal bagai? Haaaaa, dalam pembidaan, Commercial Proposal yang mengandungi harga hanya boleh dilihat oleh orang dalam syarikat atau pun hanya Procurement Department iaitu jabatan yang menguruskan pentenderan. Selain daripada mereka, hadaplah Technical Proposal yang tidak ada harga. Hahaha. Yelah, harga equipment ini perkara sensitif juga sebenarnya. Namun, Technical Proposal mengandungi maklumat-maklumat terperinci mengenai equipment yang biasanya terdapat dalam GA drawing. Apa pula GA drawing ni? GA drawing mempamerkan lukisan kejuruteraan equipment, juga maklumat material, dimensi, dan berat equipment.

Perkara pertama yang saya lihat bila dapat RFQ ialah bila tarikh penyerahan proposal kerana setiap hari secara purata syarikat menerima 10 bilangan RFQ dengan tarikh luput penghantaran yang berlainan. Oleh itu, pengurusan masa sangatlah penting untuk menghantar proposal dan jauh sekali untuk bertangguh kerana walaupun staff ramai tetapi kami sebenarnya tidak menang tangan. Kemudian, saya akan contact principle untuk mengetahui harga equipment dan juga forwarder untuk mengetahui kos penghantaran kepada client.

bos belanja makan dalam majlis perpisahan apabila seorang staff terpaksa berpindah

Antara perkara yang penting dalam proposal ialah tempoh sah proposal yang juga berdasarkan tempoh sah harga yang diberikan oleh principle. Kemudian, payment term di mana ada antaranya client mahukan pembayaran secara 30 days upon receive tax invoice dan ada juga yang mahu back to back. Bro, mohon pencerahan bro!!! Okay, meh sini ceq nak habaq mai. 30 days upon receive tax invoice bermaksud selepas semua urusan penghantaran barang atau servis selesai, tax invoice akan diberikan kepada client dan dalam masa 30 hari client akan buat pembayaran manakala back to back, walaupun semua dah selesai dan tax invoice diberikan, client tidak akan bayar selagi client mereka tidak bayar. Hah?! Macam mana tu? Okay, sebagai contoh, saya membekalkan batu-bata kepada kontraktor untuk menyiapkan rumah, tetapi disebabkan payment term ialah back to back, kontraktor tidak akan membayar kepada saya selagi tuan rumah tidak membayar kepada kontraktor walaupun rumah sudah siap. Hahhh! Cenggitu!

Tambahan pula, penghantaran melalui udara, laut, atau darat juga amat penting. Oleh kerana kebanyakan equipment dihasilkan oleh principle daripada luar negara, hanya ada pilihan penghantaran melalui udara atau laut di mana penghantaran melalui udara mengambil masa selama seminggu tetapi lebih mahal jika nak dibandingkan dengan penghantaran melalui laut yang mengambil masa selama 3 bulan. Jika anda nak tahu, penghantaran daripada setiap negara juga berbeza-beza maka jenuhlah nak tanya forwarder setiap kali buat proposal. Nak tak nak terpaksalah saya buat pangkalan data untuk kos penghantaran ini daripada setiap negara yang berlainan sebab penat juga forwarder tu nak melayan pertanyaan hampir setiap masa, hahaha.

seorang senior staff belanja makan durian, bestnya nyum nyum

Equipment seperti valves, kadang-kadang client mahu buat Painting, Factory Acceptance Test (FAT), dan Site Acceptance Test (SAT). Errr, apa benda tu? Tahulah painting maksudnya pengecatan, yang lain apa? Chill brader. Kadang-kadang, client mahukan barang dicat semula untuk mengikut piawaian company mereka seperti Petronas Technical Standard (PTS). FAT dan SAT ini ialah satu ujian yang dilakukan untuk menguji ketahanan equipment terhadap tekanan mengikut piawaian-piawaian tertentu. Perbezaannya, FAT ini dilakukan oleh pihak kilang manakala SAT dilakukan oleh third party sambil disaksikan oleh client dan pihak syarikat.

Selain itu, principle yang menggunakan mata wang asing seperti USD mestilah dinyatakan pada proposal jika Purchase Order diterima ketika nilai USD berubah sebanyak 5% maka harga yang dikemukan akan berubah. Siapa yang nak tanggung beb jika nilai USD meningkat? Habaq mai sikit kat ceq siapa? Jika Mill Certificate 3.1 disediakan mestilah dinyatakan juga kerana kebanyakan client sangat menitikberatkan sijil ini untuk pengesahan material equipment. Harga equipment ditetapkan dengan berapa peratus mark up yang mahu diletakkan kerana inilah permainan dalam pembidaan kerana jika letak terlalu tinggi kemungkinan besar tidak menang pembidaan manakala jika letak terlalu rendah kemungkinan tinggi boleh menang cuma untungnya kurang atau tidak berbaloi.

antara borang yang paling malas untuk diisi, tulis harga untuk item yang terlalu banyak T_T

Apabila semua lengkap, termasuk borang-borang tambahan daripada client seperti di dalam gambar telah diisi, maka saya akan meminta kelulusan daripada manager atau executive director jika manager tidak ada. Saya cop semua muka surat dengan cop company dan saya scan untuk dihantar kepada client melalui email. Jika client mahukan mahukan hardcopy, saya kena siapkan dan pos sehari awal kerana jika proposal diterima selepas dateline, kemungkinan tinggi proposal tidak diterima. Lepas tu, apalagi? Jogetlah hahaha! Joget dalam 3 minit, then sambung kerja semula.

Inilah sedikit sebanyak penerangan secara ringkas pekerjaan sebagai Sales Support Engineer. Alhamdulillah. Nak tanya soalan boleh comment, jika rasa agak confidential boleh PM tepi. Hehehe.

Comments

  1. Salam bang..de kerja kosong utk bhgn technical..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh, buat sementara waktu ini belum ada tetapi boleh hantar resume kepada email company info@sepadutechservices.com

      Delete

Post a Comment