#17 - Mendaki Bukit Broga (2nd trip)




 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,


Alhamdulillah, semalam (Sabtu, 9/7/2017) saya pergi ke Semenyih untuk mendaki Bukit Broga bagi memenuhi masa lapang di hujung minggu. Kebetulan saya terbangun pada jam 4 pagi, dan selepas selesai persiapan, maka bertolaklah saya pada jam 5 pagi.

sekarang sudah mudah, boleh search di aplikasi Waze sahaja

tiket masuk ke tempat letak kenderaan (sebelum ini bayaran dikenakan RM3 untuk sebuah kenderaan)

surau yang disediakan ini tidak dibahagikan untuk lelaki dan perempuan kerana saiznya yang kecil

terdapat sebuah checkpoint di mana saya membayar RM1 untuk meneruskan perjalanan

Semasa pendakian, saya perasan laluan sudah berubah. Oleh itu, saya memilih untuk mengikuti rombongan pendaki-pendaki yang lain kerana suasananya yang gelap dan headlamp hanya mampu untuk menerangi permukaan laluan. Saya berasa hairan dengan kewujudan laluan baru ini kerana jalannya terus menuju ke viewpoint yang ke-2. Namun, persoalan ini saya lupakan seketika kerana mahu menghilangkan penat dan juga mencari lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbit.

permandangan sebuah bandar daripada viewpoint yang ke-2 sebelum jam 7 pagi

permandangan matahari terbit daripada viewpoint yang ke-2

seperti kebiasaan, Bukit Broga tidak ubah seperti pasar ketika di hujung minggu

permandangan Bukit Broga daripada viewpoint yang ke-2 ketika jam 7 pagi

permandangan sebuah bandar daripada viewpoint yang ke-2 ketika jam 7 pagi

permandangan di sebelah kanan Bukit Broga daripada viewpoint yang ke-2 ketika jam 7 pagi

kelihatan para pendaki beratur di  checkpoint untuk membayar RM1

laluan kiri bersebelahan papan tanda merupakan laluan lama

pintu gerbang utama ke viewpoint yang ke-2

Persoalan saya kembali timbul apabila melihat papan tanda yang tertera "FREE Trail to Broga Hill", tetapi kenapa mesti bayar RM1 di pertengahan laluan? Maka persoalan ini terungkai apabila saya bertanya kepada pekerja yang menjaga pintu masuk tempat letak kenderaan. Saya difahamkan bahawa pemilik Eco Farm and Park menghalangi laluan asal ke viewpoint yang ke-2 dengan kawat duri dan pagar kayu, lalu menyebabkan para pendaki terpaksa memasuki kawasan Eco Farm and Park serta membayar RM1. Semasa pendakian, saya juga melihat halangan yang diletakkan di laluan Hak Milik Orang Asli Broga tersebut namun berpendapat kemungkinan halangan ini diletakkan untuk mengelak para pendaki untuk sesat daripada laluan asal. Tambahan lagi, halangan itu sudah dimusnahkan sebelum ini namun halangan yang baru diletakkan dan kejadian ini berulang beberapa kali.  Jika dakwaan pekerja ini ialah benar maka pihak berwajib mesti mengambil tindakan atas konflik kepentingan tersebut kerana sepatutnya para pendaki boleh melalui laluan asal tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

kemudahan tapak khemah juga disediakan di kawasan tempat letak kereta

Alhamdulillah, sampai di sini sahaja nukilan saya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entry saya dan melawati blog ini.

Comments