#18 - Jungle Trekking di FRIM, Kepong


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Alhamdulillah, semalam (Sabtu, 16/7/2017), saya bersama dengan seorang sahabat universiti saya iaitu Afnan, melawati Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) untuk mengisi masa yang terluang di hujung minggu. Pada entry ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman lawatan saya di mana lokasi ini sangat sesuai untuk keluarga yang mahu berkelah dan beriadah.

yuran kemasukan yang dikenakan

kami bersarapan di kafeteria zon F dan harganya amatlah berpatutan

di sini disediakan perkhidmatan sewa basikal (tapi kami tidak sewa pun sebab nak jungle trekking)

sekolah agama antara kemudahan yang disediakan di sini

selain daripada gelanggang tenis, padang bola, dan sebagainya

ini mesti ladang getah kan? hurm...



nak buat majlis kahwin dan outdoor wedding photography pun boleh dekat sini



sangat sesuai untuk jungle trekking for beginner sebab laluannya pendek dan ada penanda di sepanjang jalan



laluan ini is not recommended kerana jalannya yang tidak terurus dan berkemungkinan besar boleh sesat



Aromatica trail khusus untuk mereka yang mahu berbasikal di dalam hutan



laluan Denai Engkabang 



bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan



sungai di Denai Engkabang

sarang labah-labah di Sebasah Trail

jenuh nak buang pacat lepas jungle trekking, haihhh...

terjumpa tapak ujian ini di Denai Engkabang

ada sesiapa faham? orang macam saya manalah nak faham, hahaha...

dilarang membuang sampah merata-rata...

budak-budak bolehlah mandi, kalau orang dewasa agak segan juga, heee...

bagi mereka yang bertanya...

Alhamdulillah, selesai juga. Minggu ini saya tidak buat aktiviti hiking, hanya lebih kepada jungle trekking dan jalan-jalan sahaja. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melawati blog saya. Senyum skeq.

Comments

  1. Apa prosedur before pergi hiking or jungle trekking kat frim ni? And ada had minimum orang ke yang boleh pergi hiking?

    ReplyDelete

Post a Comment