#21 - Mockup Interview MRSM Batu Pahat (1st experience as panelist)


Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu saya menerima sebuah jemputan daripada kaunselor MRSM Batu Pahat untuk menjadi seorang ahli panel bagi sebuah program Mockup Interview yang diadakan pada setiap tahun. Sebagai seorang alumni sebuah institusi pendidikan yang berprestij ini, peluang untuk berbakti kepada MRSM Batu Pahat yang sudah banyak berjasa kepada saya tidak akan disia-siakan. Program ini juga dihadiri oleh sahabat-sahabat seperjuangan ketika SPM dahulu, iaitu Azib, Syazwan, dan Ain Syafiha serta alumni-alumni senior yang lain.

berkemungkinan tempat lain sedang digunakan, maka program ini diadakan dalam dewan

Antara objektif Mockup Interview ini adalah untuk memberikan sebuah pengalaman kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 mengenai suasana temuduga kerana dalam masa yang terdekat sebahagian daripada mereka akan menghadiri temuduga untuk memohon biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC). Selain daripada itu, program ini juga mampu memberikan sedikit pencerahan kepada mereka mengenai hala tuju selepas peperiksaan SPM dalam sesi perkongsian bersama ahli-ahli panel.

Saya amat berbesar hati untuk menemuduga para pelajar yang cemerlang bukan sahaja daripada sudut akademik, malah daripada sudut kurikulum. Ini dibuktikan dengan resume beserta sijil-sijil yang saya lihat semasa menemuduga mereka. Terdapat banyak soalan yang diajukan oleh saya kepada mereka dan mereka mampu memberikan jawapan yang memuaskan walaupun ada di antara mereka yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Saya memahami perasaan mereka semasa Mockup Interview kerana saya juga pernah berada di tempat mereka dan saya percaya mereka mampu atasi kekurangan ini dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan oleh para guru. Menjadi seorang ahli panel temuduga juga merupakan pengalaman baru bagi saya dan saya harap program ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa.

Saya ucapkan semoga maju jaya kepada adik-adik MRSM Batu Pahat yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM pada minggu ini. InsyaAllah, jika ada rezeki boleh jumpa lagi. Student-student MRSM BPJ memang awesome.

Sampai di sini sahaja coretan saya pada entry kali ini. Minggu lepas tiada aktiviti outdoor melainkan berjalan kaki daripada rumah ke stesen kereta api  dan ke stesen bas. Hahaha...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawati blog saya and have a nice day.

Comments