#6 - Iftar di Restoran Ikan Bakar Simpang Empat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, semalam (Ahad, 19 Jun 2016) aku dan sahabat2 universiti makan buffet di Restoran Ikan Bakar Simpang Empat yang bertempat di Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Setelah seminggu berpenat lelah melakukan kerja2 Final Year Project di universiti, apa salahnya di hujung minggu kami melapangkan fikiran dan merehatkan diri dengan berkumpul beramai2 berbuka puasa bersama2. Sahabat2 aku ni satu rumah, nama mereka Fazrol "Mat Yo", Syazwan "Cik We", Syafiq "Spiker", Alif "Mat Alip", dan "Arif" Ayieh. Mereka semua ni orang pantai timur, kadang2 kena kecek loghat Kelantan jugak lah, hehehe. alhamdulillah, rezeki di bulan Ramdhan Makan buffet di restoran ni memang best. Alhamdulillah, sangat puas hati. Seorang dia cuma charge RM15, dan kalau student dapat harga rendah, RM13. Kami datang sini sampai dua kali disebabkan bayaran yang murah dan makanan yang ...