#12 - Mendaki Bukit Kutu (1st trip)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, pada hari Ahad (25 Oktober 2016) yang lepas, saya bersama rakan-rakan berjaya melakukan aktiviti pendakian Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perjalanan daripada Simpang Empat, Melaka ke Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta. Kami seramai 5 orang merekodkan masa pendakian selama 3 jam 30 minit di mana treknya dianggarkan sepanjang 6.2 km. Terdapat banyak perkara menarik yang saya nak kongsikan seperti pendakian waktu malam, solat Subuh di tengah trek semasa pendakian, mengatasi mental breakdown dan sebagainya. Namun, saya tak dapat nak kongsikan dek kerana terbatasnya masa lapang saya untuk menulis di blog ini, tetapi jangan risau saya ada cerita serba sedikit melalui gambar-gambar. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jangan malu untuk bertanya. Hehehe. semasa awal pendakian, kami melalui trek ini saya rasa ini b...